fbpx

KENAL PASTI BINATANG KECIL YANG BOLEH MEMBERI MASALAH BESAR PADA KITA

Hama adalah pepijat katil yang sangat kecil yang wujud di mana-mana tempat lembap dan berhabuk terutama sekali di tilam. Saiznya yang sangat kecil hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Ianya boleh menyebabkan rasa kegatalan dan kerengsaan kulit apabila anda menyentuhnya.

Namun, terdapat beberapa kesan bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda, iaitu:

1. Gatal dan alahan

Hama boleh menyebabkan anda rasa gatal-gatal pada kulit. Rasa gatal-gatal tersebut boleh menyebabkan anda mengalami ruam merah. Ia adalah disebabkan oleh najis hama yang menyebabkan kulit anda terdedah kepadanya, bukan disebabkan gigitan hama.

2. Bersin dan selesema

Habuk yang berada di tilam telah bercampur aduk dengan najis hama dan sekaligus menyebabkan anda terhidu dan bersin.

Bersin yang berterusan akan membuatkan anda tidak selesa dan selesema.

3. Kudis

Tahukah anda, hama boleh mencetuskan penyakit kulit yang teruk sehingga menimbulkan penyakit kudis. Kudis boleh menyebabkan anda rasa demam dan boleh berjangkit kepada orang lain. Jika anda mempunyai simptom kudis iaitu benjolan dan gatal-gatal dibeberapa kawasan kulit, segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan.

4. Menganggu pernafasan

Udara yang disertai dengan habuk dan hama boleh menganggu pernafasan anda. Ia akan menyebabkan hidung anda berair dan sukar bernafas. Kebersihan dan pengudaraan dalam bilik tidur sangat penting. Sebaiknya, kemas dan basuh cadar anda dengan kerap.

5. Menjejaskan kualiti tidur

Apabila anda tidur dalam keadaan tidak bersih dan dipenuhi dengan hama, ia boleh menganggu kualiti tidur dan disertai dengan tekanan.

Jadi, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah hama ditempat tidur anda:

• pastikan anda menukar cadar

• tukar selimut 

• cuci semua kelengkapan tidur dengan menggunakan air panas

• pastikan anda tidur dalam keadaan bersih dan selamat

• gunakan aromaterapi

Kesimpulannya, pastikan tempat tidur anda dan persekitaran bilik tidur anda berada dalam keadaan yang bersih dan selamat agar tiada pembiakan hama atau kuman yang boleh menganggu tidur anda.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Jom Kenali Flenaz Synergy