Secara umumnya, kita memerlukan tidur untuk berehat. Tidur yang cukup dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Setiap dari kita mempunyai waktu tidur yang berbeza-beza disebabkan beberapa faktor. Justeru, kita seharusnya mendapat tidur yang cukup iaitu 7-9 jam sehari untuk golongan dewasa.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kesan apabila seseorang itu mengalami kekurangan tidur sehingga menganggu tidurnya. Berikut merupakan beberapa kesan iaitu:
1. Keletihan dan lesu yang berlebihan

2. Sakit kepala di waktu pagi

3. Hilang fokus dan ingatan menjadi lemah

4. Kebimbangan (anxiety) dan kemurungan.

5. Masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung.

Namun, ada diantara kita yang mendapat tidur yang cukup tetapi masih merasa keletihan.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan menurut Winner.Spirit:
✅ lakukan jadual rutin tidur
✅ Minum air selepas bangun dari tidur
✅ Pastikan diet pemakanan anda dijaga dengan baik
✅ Lakukan senaman
✅ Luangkan masa petang anda untuk berehat sebentar
Lakukan tips ini agar anda kekal sihat dan bertenaga setiap kali bangun dari tidur. Selamat mencuba.

