Hi semua! Anda pernah alami hidung yang sangat hatal? Dan rasanya seperti ada ulat dalam hidung? Ewwww… jijik kan? Tapi anda tahu atau tidak sebenarnya itu ialah salah satu kesan yang anda akan alami sekiranya anda menghadapi penyakit resdung.
Dan anda tahu apa itu Resdung? Resdung ialah penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga di tulang muka yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Kuman yang terdapat di bahagian hidung ini sememangnya sudah sedia ada tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Dengan sistem imun yang kuat ia dapat dikawal. Tetapi sekiranya berlaku gangguan pada imun, bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
“Aduh rimasnya asyik bersin non stop dari tadi”
“Gatalnya! Rasa macam ada ulat sedang bergerak-gerak dalam hidung ni”
Ini antara simptom resdung yang selalu pesakit alami, betul tak?
Apa punca terjadinya resdung ni? Haaa mesti ramai yang tak tahu lagi.
- Tindak balas/alahan pada hama, bulu haiwan dan debunga.
- Imun sistem yang sensitif.
- Mengeluarkan cecair dan menyebabkan pengembangan salur daerah, kulit kemerahan dan membran membengkak di hidung.
Bila kita dah tahu punca utama resdung senang la kita nak elak bak kata omputih “Prevent is better than cure”
Jadi simptom dan punca juga kita dah tahu. So bagaimana dengan langkah pencegahannya pula?
- Kenal pasti jenis alahan dengan melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.
- Elakkan terdedah dengan hama, bulu haiwan dan debunga.
- Mengambil ubatan atas nasihat doktor.