TIPS PENJAGAAN BANTAL LEYNA
Mengeluarkan bantal Polyester Fibre yang berkualiti tinggi sememangnya tujuan dan matlamat kami untuk semua pengguna mendapatkan tidur yang lebih lena.
Penjualan bantal LEYNA secara sistem ejen ini dapat membantu lebih ramai lagi pengguna untuk mendapatkannya dengan lebih mudah dan pantas. Semakin ramai yang menggunakan bantal LEYNA, semakin banyak feedback positif yang kami terima.
Namun, kami sering mendapati pengguna tidak tahu tentang penjagaan bantal supaya kadar kekempisan lebih tahan lama.
Kami bukan sahaja ingin memenuhi kehendak pelanggan dengan menjual produk dengan harga yang berpatutan, malah kami juga ingin memastikan produk kami ini mudah untuk dijaga dan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang.
Kami sharekan beberapa tips untuk menjaga bantal LEYNA :
👍 Basuh bantal anda
Ya, basuh bantal anda! Jangan campurkan dengan produk lain seperti baju berwarna kerana ia akan memberi kesan kepada bantal anda. Anda boleh menggunakan mesin di rumah bergantung saiz mesin anda atau di dobi layan diri. Mesin yang lebih besar, lebih mudah untuk proses perbersihan bantal.
Anda boleh menggunakan detergent dan softener untuk memastikan bantal lebih bersih dan wangi. Setelah basuh, jika anda mempunyai sebuah mesin pengering di rumah anda, anda hanya perlu mengeringkan bantal yang sudah dibasuh itu dengan dryer tersebut.
Sekiranya hanya sidai bantal kita di bawah matahari, bantal kita tidak akan menjadi 100% kering, sebaliknya isian akan menjadi bergumpal dan menyebabkan kualiti bantal kita berkurang. Jadi, anda perlu mengeringkan bantal anda dengan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri berdekatan anda jika anda tidak mempunyai dryer di rumah.
👍 Tepuk-tepuk bantal anda
Kemudian, selesai sahaja kering, anda perlu menepuk kedua-dua belah bantal anda supaya dapat mengekalkan bentuk dan menggebukan lagi bantal yang anda telah basuh.
Bukan sahaja selepas basuh, malah setiap hari sebelum dan selepas guna anda digalakkan untuk menepuk-nepuk badan anda. Ini penting untuk memastikan bantal tidak bergumpal dan sentiasa berada dalam keadaan gebu.
Dua tips ini sekiranya anda buat selalu, bantal anda akan kekal gebu dan sentiasa bersih untuk jangka yang lebih panjang. Cubalah!

