Lingkaran gelap di bawah mata selalunya berlaku kepada orang dewasa. Namun, bayi juga antara yang mempunyai panda eyes walaupun masih kecil
Jadi apakah faktor atau sebab yang menyebabkan kantung mata bayi menjadi gelap?
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan alahan atau tahap kesihatan. Untuk bayi, ia boleh berlaku disebabkan bayi terlalu penat, alergik atau kerengsaan. Namun, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi.
Berikut merupakan faktor yang menyebabkan kantung mata menjadi gelap:
1. Lingkaran gelap bawah mata diwarisi secara turun temurun.
2. Kulit yang nipis dibawah mata membuatkan lingkaran gelap mudah terbentuk.
3. Apabila bayi kelihatan penat, lingkaran gelap mudah timbul serta menyebabkan ia menjadi pucat.
4. Lingkaran gelap boleh berlaku apabila terdapat kes seperti alahan, ekzema, jangkitan pernafasan atau dehidrasi serta jangkitan bakteria dalam sinus. Namun, ianya jarang berlaku kepada bayi.
Walaubagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku dan ibu bapa tidak perlu risau jika bayi atau anak anda masih boleh bermain, makan dengan baik dan mempunyai tidur yang cukup.
Untuk itu, terdapat beberapa langkah ibu bapa boleh lakukan bagi mengelak perkara ini terjadi:
1. Pastikan anak anda makan dengan cukup, tidur yang cukup, berat badan yang baik serta sihat.
2. Jika sekiranya anak anda alah dengan debunga, hama atau habuk, pastikan anda menggunakan kelengkapan tidur yang hygiene anti-hama debu dan habuk.
3. Pastikan penjagaan kuku dan mata dijaga dengan rapi. Potong kuku jika panjang dan bersihkan tangan anda. Elakkan mengosok mata jika kuku anda kotor.

