fbpx

ANAK TIDUR BERDENGKUR? BAIK ATAU TIDAK?

Anak-anak yang tidur dengan nyenyak dan lena mendapat tidur yang cukup dan selesa. Tetapi, terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah berdengkur semasa tidur. Apakah sebab atau punca yang menyebabkan ianya berlaku?

Berdasarkan kajian dari University Qingdao, asap rokok antara salah satu punca yang boleh menyebabkan kanak-kanak tidur berdengkur. Malah, kanak-kanak yang terhidu semasa dalam kandungan ibunya, menghadapi risiko dua kali ganda untuk berdengkur.

Namun, kajian ini tidak dapat memastikan berapa kerap anak-anak tersebut berdengkur semasa tidur.

Jadi apakah simptom yang menyebabkan anak itu berdengkur.

1. Semasa anak tidur, perhatikan dengkurannya, sama ada kuat atau perlahan.

2. Ketahui corak dengkurnya sama ada bernafas seperti biasa atau berlainan

3. Apabila dengkuran itu tersangkut-sangkut, pernafasnya akan terjejas

Antara punca yang menyebabkan anak-anak berdengkur ialah tonsil membengkak, masalah kegemukan, alahan di hidung dan lubang hidung yang sempit.

Kesan akibat dari berdengkur akan menyebabkan anak-anak

• lambat bercakap

• pelajaran menjadi lemah

• masalah kecergasan

• hilang fokus dan cepat letih

• cepat mengantuk apabila di sekolah

Oleh itu, pastikan anak anda tidak mengalami masalah berdengkur yang berpanjangan. Guna kelengjkapan tidur yang bersesuaian dan selesa buat mereka. Bawa mereka ke klinik jika ianya semakin berlarutan.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Jom Kenali Flenaz Synergy