Bilik tidur adalah ruang rehat yang memerlukan suasana yang tenang dan selesa. Mungkin ada dikalangan ibu bapa yang buntu memikirkan cara untuk mendeko bilik tidur kecil anak-anak menjadi ruang yang kelihatan menarik tetapi selesa untuk mereka
.Ianya sangat mudah hanya susun atur perabot dengan baik.Berikut merupakan antara beberapa idea deco bilik tidur anak-anak :
1. Ukur keluasan bilik tidur
Keluasan bilik boleh menjadi kayu ukur un tuk meletakkan perabot seperti katil, meja tulis, almari pakaian, dan meja solek.Ianya memberi ruang kepada anak anda untuk bergerak dan bermain dan juga ada ruang untuk solat.
2. Pemilihan warna bilik tidur
Pemilihan cat sangat penting bagi memberi rasa aman dan selesa dalam bilik. Sebaiknya gunakan warna putih dan perabot hendaklah di susun rapat ke dinding bagi memberi ruang di dalam bilik.
3. Jika anak berkongsi bilik.
Gunakan katil bertingkat kerana ia menjimatkan ruang. Pemilihan perabout yang sesuai untuk mereka guna juga membantu mencipta bilik yang selesa
Pemilihan perabot, pencahayaan, cat dinding dan aksesori dalam bilik memain peranan penting. Maksimumkan kegunaan setiap sudut supaya bilik tidur yang kecil tetap menjadi selesa buat anak-anak.
Pemilihan kelengkapan tidur yang sesuai dan berkualiti tinggi juga membantu mereka mendapatkan rehat yang diperlukan