Seperti yang kita ketahui, golongan dewasa memerlukan tempoh masa untuk tidur selama 6-8 jam sehari. Namun, bagi Ibu berpantang mereka tidak mendapat tidur yang cukup kerana perlu menjaga bayi. Adakalanya bayi menangis untuk minum susu, lampin basah atau lain-lain. Jadi, waktu tidur mereka sedikit terganggu.
Jadi apakah akibatnya sekiranya ibu berpantang tidak mendapat tidur yang cukup:
1. Sindrom goncang bayi
Sindrom goncang bayi berlaku apabila ibu-ibu hilang kewarasan akibat terlalu penat atau tidak mendapat tidur yang cukup. Ianya boleh menyebabkan kematian atau kecacatan otak apabila berlaku. Jadi, sekiranya bayi anda menangis, anda rasa terganggu biarkan bayi sekejap dan minta pertolongan dari suami atau ahli keluarga terdekat untuk membantu.
2. Meroyan
Ibu berpantang berisiko menghadapi masalah meroyan akibat dari tekanan yang dihadapinya.
3. Masalah kesihatan dan kenaikkan berat badan
Selepas melahirkan anak, ibu berpantang memerlukan tidur yang cukup. Jika diabaikan, berkemungkinan berat badan susah untuk turun. Malah, kesihatan ibu berpantang juga perlu dijaga dengan lebih rapi.
4. Tidur semasa bayi anda tidur
Semasa bayi anda tidur, anda juga boleh rehatkan diri anda sebentar agar badan tidak terlalu letih.
5. Elakkan penggunaan telefon bimbit
Jangan biarkan telefon anda menganggu tidur anda. Jika boleh, matikan telefon anda sebentar semasa tidur.
6. Elakkan gangguan bising
Jika anda berada ditempat yang bising, tutup pintu dan tingkap bilik. Ini bagi mengelak bunyi bising semasa anda dan bayi anda sedang tidur.
Ibu berpantang seharusnya mendapatkan rehat yang cukup supaya dapat mengembalikan tenaga dan merawat badan untuk sihat dengan lebih cepat. Kelengkapan tidur yang baik, selesa, bersih dan berkualiti tinggi membantu ibu untuk mendapatkan rehat yang diperlukan.